Jumaat, 17 Jun 2011

“Do Something”

Perbuatan aku untuk semalam dan beberapa hari kebelakangan ini dirasakan sesuatu yang merugikan. Aku banyak menghabiskan masa dengan tidur. Entah kenapa tubuh ini terasa begitu penat, dan apabila jam menunjukkan pukul 9 malam mata aku sudah tersedia untuk tertutup dan dibuai dengan mimpi yang lena. Namun bila bangkit di pagi hari, rasa menyesal mula menebal di hati ini. Jadi untuk mengelak daripada semua ini berterusan dan berkekalan sampai bila-bila pun aku patut buat sesuatu. Bak kata kawan aku, Zuzi “Do Something”.
                Oleh itu mulai hari ini aku akan melatih diri dengan banyak menulis dan membaca buku. Biarlah aku menjadi seorang yang kaya dengan ilmu dan paling penting kaya dengan duit hahaha. Aku percaya setiap usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang baik. Hidup hanya sekali, jadi aku tidak seharusnya merugikan sisa-sisa hidup ini. Selamat berusaha buat aku sendiri. Ini bukanlah aku jadikan sebagai perjanjian hidup aku, tetapi cukup sekadar perancangan yang ke depan.

Rabu, 15 Jun 2011

Syukur

Fuhhh ibarat dah jatuh kena timpa dek tangga lak. X bersyukur ke aku dgn nikmat yg diberikan. Atau adakah aku terlupa utk menghulur? Minggu ni aku duk congak income yang masuk, tapi tup...tup dlm sehari aku macam x berdaya nak congak duit yg mengalir sebab deras macam air bah.  Sebenarnya hp dan kereta aku “sakit” pada hari yg sama. So nak x nak aku kena “ubati”nya. Tapi bila difikirkan balik, buat apa nak merungut, sebab 2 benda ni dah banyak berjasa utk aku, apa salahnya aku berhabis sikit utk benda aku sendiri kan. Dgn hp tu la aku dapat dengar suara ma dan abah aku yang jauh. Dgn hp tu juga aku dapat simpan video keletah Aisy dan Irdina(anak buah tersayang), dan dgn hp tu juga aku dpt berhubung dgn sesiapa saja, x kira kawan atau lawan hahahah.
“Bibah” gelaran yang Wany dan Ely(member) berikan kpd kereta aku hehehe. Bibah lak x kira panas atau hujan, pagi, petang atau malam, jauh atau dekat, berbukit sekali pun masih setia membawa aku ke tempat yang aku nak tuju. Dan yg paling penting Bibah tak pernah buat perangai di jalan raya. Setakat ni Bibah baru buat perangai sikit2 dan tempat yg dipilih pun kat parking di rumah atau parking di ofis aku, kan senang nak mintak bantuan hehehe. Namun semua yg berlaku ni buat aku rasa bersyukur kerana aku tau Dia tak pernah lupakan aku. Setiap ujian yg diberikan adalah ujian yg masih mampu aku pikul dan bawa. Walaupun duit yg mengalir itu buat aku termenung beberapa saat, tapi income yg bakal masuk sesungguhnya lebih daripada apa yg dialirkan. Alhamdulillah.

Rabu, 8 Jun 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

 “Pabila bercinta dan dicinta, cari cinta, cinta mega biar cinta jadi fenomena... . ” Lirik lagu Ilusi nyanyian Adira menemani Aku pada petang Jumaat yang sesak dengan kenderaan. Radio Aku pasang kuat-kuat untuk mengelak daripada terlena sambil memandu. Kadang-kadang terperangkap dalam kesesakan jalan raya boleh buat Aku rasa mengantuk.
            Jam di tangan baru menunjukkan pukul 5.15 minit petang. Rasanya masih sempat kalau Aku singgah di kedai basuh kereta yang terletak tidak jauh dari rumahku. Sudah hampir sebulan keretaku tidak dimandikan. Kalau keadaan keretaku ini diletakkan pada diriku atau manusia lain pasti ada suara yang menggelar Aku ini gila kan. Sebenarnya Aku bukan tak pentingkan penjagaan keretaku yang banyak berjasa itu, cuma keadaan cuaca yang selalu hujan lebat menyebabkan Aku lupa akan hal itu.
            Sampai di kedai, Aku lihat sudah ada tiga buah kereta yang sedang dicuci. Jadi Aku memilih satu sudut untuk meletakkan kereta Aku agar tidak mengganggu kerja mereka. Selesai menyerahkan kunci kepada salah seorang pekerja di situ, Aku pun berjalan menuju ke sebuah bangsal  yang disediakan. Sambil melenggang menuju ke bangsal itu, Aku tersenyum kepada pasangan yang tersedia ada. Senyuman yang diberikan, dibalas dengan satu pandangan yang kosong saja oleh mereka. Lalu dengan membiarkan sahaja mereka itu, Aku mengambil tempat yang agak jauh daripada mereka. Pada firasat Aku, umur mereka mungkin dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun. Yang perempuannya berpakaian santai dengan t-shirt dan jeans, manakala yang lelaki smart dengan pakaian baju Melayu berwarna putih.
            Dalam pada Aku duduk memerhatikan pekerja di situ membuat kerjanya, ada juga sesekali Aku curi-curi pandang kepada pasangan itu. Aku lihat muka lelaki itu serius sahaja. ‘Rilek la bang, pakai dah smart tapi buat muka macam tu lak,’ hati Aku berbisik.
            “Oi kereta dah siap.” Salah seorang pekerja yang bukan berbangsa Melayu itu berkata kepada lelaki baju Melayu ini. “Apa oi oi, cakap elok-elok sikit.” Lelaki berbaju Melayu itu bangun nak mula menunjukkan ketidakpuasan hatinya kepada pekerja itu. Aku yang duduk di situ pun agak tergamam juga. Dengan muka yang masam, dan mulut terkumat-kamit membicarakan sesuatu yang tidak dapat difahami dan didengari lelaki itu meninggalkan tempat itu bersama-sama pasangannya. Tiada lagi persembahan untuk dipertontonkan. Lalu mataku dibawa kembali menonton pekerja yang sedang membasuh kereta Aku.
            Beberapa minit peninggalan lelaki baju Melayu itu, datang dua orang lelaki dengan kereta mewahnya. Keluar sahaja dari kereta itu mereka terus bersapa dengan beberapa orang pekerja di situ. Mungkin sudah saling mengenali di antara satu sama lain.  Salah seorang daripada mereka melambai-lambai kepada Aku. Dengan menyerahkan bayaran RM 8 dan ucapan terima kasih Aku masuk ke dalam kereta. Pekerja itu mengangkat tangan dan tersenyum kepadaku. Aku pun mula menghidupkan enjin kereta dan menukar kepada gear  R. Melihat kepada cermin depan, salah seorang lelaki yang turun dari kereta mewah tadi melambai-lambai tangannya bagi membantu Aku untuk keluar dari situ. Agak-agak dah muat untuk kereta yang kecil itu, Aku menurunkan cermin kereta dan mengangkat tangan kepadanya sambil memberikan senyuman. “Wa sangat bagus budi bahasa,” kata lelaki itu kepada Aku.

Selasa, 7 Jun 2011

Aku dgn blog sendiri.

Hari ni Aku blh tersenyum bila Aku dah ada blog sendiri. Sebenarnya dah lama Aku simpan angan-angan nak menulis di blog sendiri cuma belum berkesempatan sj. Risau tkt jd blog "berpuaka" bila Aku tak update nanti. Serammmm tu. Tapi i/Allah Aku cuba jdkan blog ini tmpt utk Aku mengasah bakat dlm bidang penulisan. Kata member Aku, ada faedahnya bila Aku buat blog. Nanti mcm2 cerita Aku blh create. Mana tahu drpd menulis di blog yg tak ada pengikut (mungkin) akhirnya Aku blh menjadi penulis terkenal. Wow! Thanks "bo" atas nasihat nko tu, apa-apa pun tolong ingatkan Aku.