Rabu, 8 Jun 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

 “Pabila bercinta dan dicinta, cari cinta, cinta mega biar cinta jadi fenomena... . ” Lirik lagu Ilusi nyanyian Adira menemani Aku pada petang Jumaat yang sesak dengan kenderaan. Radio Aku pasang kuat-kuat untuk mengelak daripada terlena sambil memandu. Kadang-kadang terperangkap dalam kesesakan jalan raya boleh buat Aku rasa mengantuk.
            Jam di tangan baru menunjukkan pukul 5.15 minit petang. Rasanya masih sempat kalau Aku singgah di kedai basuh kereta yang terletak tidak jauh dari rumahku. Sudah hampir sebulan keretaku tidak dimandikan. Kalau keadaan keretaku ini diletakkan pada diriku atau manusia lain pasti ada suara yang menggelar Aku ini gila kan. Sebenarnya Aku bukan tak pentingkan penjagaan keretaku yang banyak berjasa itu, cuma keadaan cuaca yang selalu hujan lebat menyebabkan Aku lupa akan hal itu.
            Sampai di kedai, Aku lihat sudah ada tiga buah kereta yang sedang dicuci. Jadi Aku memilih satu sudut untuk meletakkan kereta Aku agar tidak mengganggu kerja mereka. Selesai menyerahkan kunci kepada salah seorang pekerja di situ, Aku pun berjalan menuju ke sebuah bangsal  yang disediakan. Sambil melenggang menuju ke bangsal itu, Aku tersenyum kepada pasangan yang tersedia ada. Senyuman yang diberikan, dibalas dengan satu pandangan yang kosong saja oleh mereka. Lalu dengan membiarkan sahaja mereka itu, Aku mengambil tempat yang agak jauh daripada mereka. Pada firasat Aku, umur mereka mungkin dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun. Yang perempuannya berpakaian santai dengan t-shirt dan jeans, manakala yang lelaki smart dengan pakaian baju Melayu berwarna putih.
            Dalam pada Aku duduk memerhatikan pekerja di situ membuat kerjanya, ada juga sesekali Aku curi-curi pandang kepada pasangan itu. Aku lihat muka lelaki itu serius sahaja. ‘Rilek la bang, pakai dah smart tapi buat muka macam tu lak,’ hati Aku berbisik.
            “Oi kereta dah siap.” Salah seorang pekerja yang bukan berbangsa Melayu itu berkata kepada lelaki baju Melayu ini. “Apa oi oi, cakap elok-elok sikit.” Lelaki berbaju Melayu itu bangun nak mula menunjukkan ketidakpuasan hatinya kepada pekerja itu. Aku yang duduk di situ pun agak tergamam juga. Dengan muka yang masam, dan mulut terkumat-kamit membicarakan sesuatu yang tidak dapat difahami dan didengari lelaki itu meninggalkan tempat itu bersama-sama pasangannya. Tiada lagi persembahan untuk dipertontonkan. Lalu mataku dibawa kembali menonton pekerja yang sedang membasuh kereta Aku.
            Beberapa minit peninggalan lelaki baju Melayu itu, datang dua orang lelaki dengan kereta mewahnya. Keluar sahaja dari kereta itu mereka terus bersapa dengan beberapa orang pekerja di situ. Mungkin sudah saling mengenali di antara satu sama lain.  Salah seorang daripada mereka melambai-lambai kepada Aku. Dengan menyerahkan bayaran RM 8 dan ucapan terima kasih Aku masuk ke dalam kereta. Pekerja itu mengangkat tangan dan tersenyum kepadaku. Aku pun mula menghidupkan enjin kereta dan menukar kepada gear  R. Melihat kepada cermin depan, salah seorang lelaki yang turun dari kereta mewah tadi melambai-lambai tangannya bagi membantu Aku untuk keluar dari situ. Agak-agak dah muat untuk kereta yang kecil itu, Aku menurunkan cermin kereta dan mengangkat tangan kepadanya sambil memberikan senyuman. “Wa sangat bagus budi bahasa,” kata lelaki itu kepada Aku.

1 ulasan:

  1. haha contoh, inilah contoh.

    basuh kete je? chek air battery & minyak hitam sekali haha

    BalasPadam